top of page
Milk In Metal Pail
ASGOAT 5.png
ASGOAT 4.png
ASGOAT – Nikmati Susu Kambing Cara Premium
ASGOAT 3.png
ASGOAT bukan sekadar minuman susu biasa, ia adalah pengalaman rasa yang istimewa terutamanya kepada penggemar minuman susu kambing. Dibuat daripada serbuk susu kambing berkualiti tinggi, ASGOAT larut sepenuhnya dalam air suam — tiada mendakan, hanya rasa asli yang lembut dan lemak berkrim.

Sama ada pagi yang sibuk di pejabat, malam santai di rumah, atau saat tenang selepas bersenam,
ASGOAT sentiasa jadi pilihan yang menenangkan. Bancuh, hirup, dan rasai keaslian susu kambing premium yang memikat.

Tanpa tambahan gula atau krimer,
ASGOAT sesuai untuk mereka yang sukakan gaya hidup lebih natural dan ringkas. Tapi kalau nak lebih manis atau berperisa, campurkan dengan madu, kurma, gula, atau bahan lain ikut citarasa sendiri.
 
Image by mirza mustofa
KEBAIKAN ASGOAT
100% Susu Kambing Segera Premium – rasa asli susu kambing tanpa campuran perisa tiruan, pemekat atau bahan tambahan lain.

100% larut air – bancuh dengan air suam, kacau dan terus nikmati; tiada mendakan, tiada sisa.

Formulasi tanpa gula tambahan – sesuai untuk kawalan diet, gaya hidup sihat dan pilihan lebih natural.

Rasa lemak berkrim – menggunakan susu dari kambing baka Saanen yang terkenal dengan susu lebih lembut dan bau hamis yang minima, menjadikan pengalaman minuman lebih menyenangkan.

Aroma halus & premium – memberikan kepuasan susu kambing berkualiti setiap masa.

Fleksibel dinikmati – boleh diminum panas, sejuk, atau dijadikan asas kepada minuman kreatif seperti smoothie, latte atau campuran dengan madu dan kurma.
Image by Hannah Markley
Kambing Saanen berasal dari Switzerland dan dikenali sebagai baka pengeluar susu kambing terbaik di dunia. Ia sering digelar sebagai “Queen of Dairy Goats” kerana hasil susunya yang tinggi dan berkualiti.
ASGOAT 1.png
asgoat baring.png
Jenama Utama : Nama Produk
THOYYIB : ASGOAT

Tarikh Dilancarkan
01 Mei 2026

Kandungan / Berat 
450 gram per botol.

Ramuan
100% Serbuk susu kambing

Cara Penyediaan
Biasa : Campurkan 2-2½ sudu susu (20–25g) ke dalam 150–200ml air suam. Kacau hingga larut sepenuhnya.
Pekat : Campurkan 3–3½ sudu susu ke dalam 150–200ml air suam. Kacau hingga larut sepenuhnya.
  * Boleh tambah gula mengikut citarasa.


Maklumat Nutrisi
--- per 100g ---
Tenaga : 523 kcal
Lemak : 31 g 
Natrium : 250 mg

Karbohidrat : 33 g
Jumlah Gula : 33 g
Protin : 26 g 

--- per hidangan (25g) ---
Tenaga : 130.8 kcal

Lemak : 7.8g 
Natrium : 62.5 mg
Karbohidrat : 8.3 g
Jumlah Gula : 8.3 g
Protin : 6.5 g 

Soalan Lazim (F.A.Q)

1. Apakah ASGOAT Pure Goat Milk Powder?
ASGOAT Pure Goat Milk Powder ialah susu kambing penuh (Full Cream Goat Milk Powder) dalam bentuk serbuk yang diperbuat daripada susu kambing berkualiti. Ia mudah dibancuh dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga sebagai minuman harian.

2. Apakah Keistimewaan ASGOAT Berbanding Susu Kambing Lain?
ASGOAT menawarkan beberapa kelebihan seperti:

✔ 100% Susu Kambing Penuh (Full Cream Goat Milk Powder)
✔ Tiada gula tambahan
✔ Tiada pewarna tiruan
✔ Tiada perisa tiruan
✔ Mudah dibancuh
✔ Sumber protein
✔ Sumber kalsium
✔ Rasa lebih lemak dan berkrim
✔ Sesuai diminum panas atau sejuk


3. Bagaimanakah Rasa ASGOAT?
ASGOAT mempunyai rasa susu kambing yang asli, lemak dan berkrim dengan aroma yang lembut. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari rasa semula jadi susu kambing.

4. Adakah ASGOAT Sesuai Untuk Individu Yang Tidak Biasa Dengan Rasa Atau Aroma Susu Kambing?
Setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza. Bagi mereka yang sudah biasa dengan susu kambing atau makanan berasaskan kambing, rasa dan aroma ASGOAT biasanya lebih mudah diterima.

Bagi yang pertama kali mencuba, mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan aroma unik susu kambing. Ramai pengguna mendapati selepas beberapa kali menikmati ASGOAT, mereka mula menghargai rasa semula jadi yang lebih lemak dan berkrim.

Bagi yang pertama kali mencuba, mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan aroma unik susu kambing. Ramai pengguna mendapati selepas beberapa kali menikmati ASGOAT, mereka mula menghargai rasa semula jadi yang lebih lemak dan berkrim.


5. Siapakah Yang Sesuai Menikmati ASGOAT?
ASGOAT sesuai untuk:

✔ Kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas
✔ Remaja
✔ Dewasa
✔ Warga emas

Sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

* ASGOAT bukan pengganti susu ibu atau susu formula untuk bayi di bawah 12 bulan.


6. Bagaimanakah Cara Menyediakan ASGOAT?
Biasa : Campurkan 2-2½ sudu susu (20–25g) ke dalam 150–200ml air suam. Kacau hingga larut sepenuhnya.
Pekat : Campurkan 3–3½ sudu susu ke dalam 150–200ml air suam. Kacau hingga larut sepenuhnya.
  * Boleh tambah gula, madu, pemanis mengikut citarasa.
  * Boleh juga dicampurkan ke dalam oat, bijirin atau smoothie


7. Berapa Kali Sehari ASGOAT Boleh Diminum?
Disarankan 1–2 gelas sehari, bergantung kepada keperluan pemakanan masing-masing.

8. Adakah ASGOAT Mengandungi Gula?
ASGOAT tidak dicampur dengan sebarang gula tambahan. Namun, ASGOAT bukan produk sifar gula kerana ia mengandungi laktosa, iaitu gula semula jadi yang terdapat dalam kebanyakan susu termasuklah susu kambing.

Sila rujuk Maklumat Pemakanan pada label produk untuk kandungan gula bagi setiap hidangan.


9. Adakah ASGOAT Mengandungi Pengawet?
Tidak. ASGOAT tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.

10. Adakah ASGOAT Mengandungi Pewarna atau Perisa?
Tidak. ASGOAT tidak mengandungi pewarna atau perisa, sama ada perasa asli mahupun perisa tiruan.

11. Mengapa Ramai Memilih Susu Kambing?
Ramai memilih susu kambing sebagai alternatif kepada susu lembu kerana beberapa ciri semula jadinya, antaranya:

✔ Mengandungi protein, kalsium dan pelbagai nutrien penting.
✔ Mempunyai rasa yang lebih lemak dan berkrim.
✔ Mengandungi globul lemak yang secara semula jadi lebih kecil berbanding susu lembu.
✔ Menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati alternatif kepada susu lembu.

Pemilihan antara susu kambing dan susu lembu bergantung kepada citarasa, keperluan pemakanan dan kesesuaian setiap individu.


12. Apakah Perbezaan Susu Kambing Dengan Susu Lembu?
Susu kambing dan susu lembu kedua-duanya merupakan sumber nutrien penting, namun mempunyai ciri semula jadi yang berbeza.

Antara perbezaan utama:

✔ Rasa & tekstur
Susu kambing mempunyai rasa yang lebih lemak dan berkrim dengan aroma yang unik, manakala susu lembu mempunyai rasa yang lebih biasa dinikmati ramai.

✔ Komposisi semula jadi
Susu kambing mempunyai globul lemak yang lebih kecil dan profil nutrien yang berbeza berbanding susu lembu.

✔ Kandungan laktosa
Susu kambing secara semula jadi mengandungi kandungan laktosa yang sedikit lebih rendah berbanding susu lembu, namun ia masih mengandungi laktosa dan bukan sesuai untuk semua individu yang mempunyai intoleransi laktosa.

✔ Sumber pengeluaran
Pengeluaran susu kambing biasanya lebih terhad berbanding susu lembu kerana jumlah penghasilan susu setiap kambing adalah lebih rendah. Faktor ini menjadikan susu kambing sering dianggap sebagai pilihan premium.

✔ Pilihan alternatif
Susu kambing menjadi pilihan bagi pengguna yang ingin menikmati alternatif selain susu lembu mengikut citarasa dan kesesuaian masing-masing.


13. Adakah ASGOAT Sesuai Untuk Individu Yang Tidak Tahan Laktosa?
ASGOAT masih mengandungi laktosa kerana ia merupakan susu kambing penuh.

Jika anda mempunyai masalah intoleransi laktosa atau alahan terhadap protein susu, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.


14. Adakah ASGOAT Sesuai Untuk Penghidap Diabetes?
Boleh. Walau bagaimanapun, penghidap diabetes disarankan mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang dan mengikut nasihat profesional kesihatan jika perlu.

15. Adakah Ibu Menyusu Boleh Menikmati ASGOAT?
Boleh. ASGOAT boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada pemakanan harian yang seimbang.

16. Adakah Wanita Hamil Boleh Mengambil ASGOAT?
Boleh. Wanita hamil boleh menikmati susu kambing sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Sekiranya mempunyai keadaan kesihatan tertentu, dapatkan nasihat doktor.

17. Adakah Kanak-kanak Boleh Minum ASGOAT?
Ya. ASGOAT sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas, remaja, dewasa dan warga emas sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Bagi bayi di bawah umur 12 bulan, susu kambing serbuk bukan pengganti susu formula bayi kecuali atas nasihat doktor.


18. Adakah Terdapat Sebarang Kesan Sampingan?
ASGOAT selamat diminum sebagai minuman harian. Walau bagaimanapun:

- Tidak sesuai bagi individu yang mempunyai alahan terhadap protein susu.
- Individu yang mengalami intoleransi laktosa mungkin mengalami ketidakselesaan selepas pengambilan.


19. Adakah ASGOAT Mudah Larut?
Ya. ASGOAT mudah larut apabila dibancuh menggunakan air suam dan dikacau sehingga sebati.

20. Bagaimanakah Cara Menyimpan ASGOAT Selepas Dibuka?
Selepas dibuka:

✔ Tutup bekas dengan rapat.
✔ Simpan di tempat yang dingin dan kering.
✔ Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan kelembapan.


21. Berapakah Anggaran Hidangan Bagi Setiap Pek?
Bergantung kepada sukatan bancuhan. Sebagai contoh, jika menggunakan 30g setiap hidangan, satu pek 450g boleh menghasilkan kira-kira 14-15 gelas.

22. Adakah ASGOAT Mengandungi Kolostrum?
Tidak. ASGOAT ialah 100% Full Cream Goat Milk Powder dan tidak mengandungi kolostrum.

23. Bolehkah ASGOAT Digunakan Dalam Masakan atau Minuman?
Boleh. ASGOAT sesuai digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan seperti:

✔ Smoothie
✔ Oat
✔ Bijirin sarapan
✔ Kopi atau teh susu
✔ Pencuci mulut
✔ Kek dan biskut

 

All Rights Reserved 2026. Managed by Thought Rich Sdn. Bhd. 

bottom of page