top of page


DIABEC-O - Pilihan Citarasa Kopi Yang Lebih Baik
.png)
Diabec-O dihasilkan khas untuk pencinta kopi yang menggemari rasa kopi hitam asli yang lembut dan autentik. Menggunakan serbuk kopi Arabika segera (jenis spray dried), Diabec-O adalah 100% larut air tanpa sebarang mendakan.
Diabec-O sesuai dinikmati pada bila-bila masa sama ada di rumah, pejabat atau ketika bersantai. Hanya bancuh dengan air suam dan nikmati kelazatan kopi Arabika yang lembut dan memikat.
Tanpa campuran gula dan krimer Diabec-O menjadi pilihan bagi mereka yang lebih menggemari gaya kopi yang ringkas, premium dan lebih natural. Ia juga boleh dicampur gula, susu, krimer atau bahan-bahan perasa lain sesuai mengikut citarasa dan keperluan tersendiri.

KEBAIKAN DIABEC-O
✔ 100% Instant Arabica Coffee, rasa kopi asli, tanpa campuran perisa, pemekat dan bahan campuran lain..
✔ 100% larut air, tidak perlu tapis tidak perlu asing-asingkan, hanya campurkan dengan air suam, kacau dan sedia untuk dinikmati.
✔ Formulasi tanpa gula tambahan, sesuai untuk kawalan diet & gaya hidup sihat.
✔ Aroma yang sederhana pekat & kaya, memberikan kepuasan kopi premium setiap masa.
✔ Boleh dinikmati panas, sejuk atau dijadikan asas kepada minuman kopi kreatif anda.



Jenama Utama : Nama Produk
THOYYIB : Diabec-O
Tarikh Dilancarkan
01 Mei 2026
Kandungan / Berat
150 gram per botol.
Ramuan
100% Serbuk kopi Arabica segera.
Cara Penyediaan
Biasa : Campurkan ½–1 sudu teh (2–3g) ke dalam 150–200ml air panas.
Pekat : Campurkan 2 sudu teh ke dalam 150–200ml air panas.
* Tambah gula, susu atau krimer mengikut citarasa.
Maklumat Nutrisi
--- per 100g ---
Tenaga : 363.5 kJ
Lemak : 160 mg
Sodium : 60 mg
Karbohidrat : 66.5 g
Jumlah Gulla : 0 g
Protin : 25.1 g
Iron : 5 mg
--- per hidangan (3g) ---
Tenaga : 10.9 kJ
Lemak : 4.8 mg
Sodium : 1.8 mg
Karbohidrat : 2.0 g
Jumlah Gulla : 0 g
Protin : 0.75 g
Iron : 0.1 mg
Soalan Lazim (F.A.Q)
1. Apakah Perbezaan Diabec-O Dengan Diabec Coffee?
Diabec-O ialah kopi Arabika segera tanpa campuran gula, krimer atau ekstrak herba. Ia sesuai untuk mereka yang menggemari kopi hitam dan ingin menyediakan kopi mengikut citarasa sendiri.
Diabec Coffee pula ialah kopi pracampuran yang mengandungi kopi dan ekstrak herba terpilih serta pemanis, menjadikannya lebih mudah dinikmati tanpa perlu menambah bahan lain.
2. Bagaimanakah Rasa Diabec-O?
Diabec-O mempunyai aroma kopi yang harum dengan rasa yang seimbang, lembut dan tidak terlalu pahit. Ia sesuai untuk penggemar kopi hitam (kopi O) yang mahukan rasa kopi yang lebih asli.
3. Siapakah Yang Sesuai Mengamalkan Diabec-O?
Diabec-O sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 12 tahun ke atas yang gemarkan kopi sebagai minuman harian.
4. Bagaimanakah Cara Menyediakan Diabec-O?
Campurkan 1–2 sudu-teh Diabec-O ke dalam 150–200ml air panas, kemudian kacau sehingga larut. Anda juga boleh menikmatinya dengan:
✔ Susu
✔ Krimer
✔ Gula atau pemanis pilihan
✔ Ais (untuk kopi ais)
5. Apakah Kelebihan Diabec-O Berbanding Instant Coffee Di Pasaran?
✔ 100% Kopi Arabika – Tiada campuran jenis kopi yang lain dan bahan campuran lain.
✔ Rasa yang konsisten – Setiap bancuhan memberikan aroma dan rasa kopi yang seimbang.
6. Berapa Kali Sehari Diabec-O Boleh Diminum?
Disarankan menikmati 1–2 hidangan sehari, bergantung kepada keperluan dan tahap toleransi individu terhadap kafein.
7. Adakah Diabec-O Dicampur Gula / Pemanis?
Tidak. Diabec-O ialah kopi segera tanpa campuran gula atau krimer.
8. Bolehkah Diabec-O Dicampur Dengan Susu?
Boleh. Diabec-O sesuai dinikmati sebagai:
✔ Kopi O
✔ Kopi susu
✔ Latte
✔ Kopi ais
9. Adakah Diabec-O Mengandungi Kafein?
Ya. Diabec-O diperbuat daripada kopi Arabika dan secara semula jadi mengandungi kafein.
10. Bilakah Waktu Terbaik Untuk Menikmati Diabec-O?
Diabec-O sesuai diminum pada waktu pagi atau siang sebagai minuman harian. Jika anda sensitif terhadap kafein, elakkan mengambilnya pada lewat malam kerana ia mungkin mengganggu tidur.
11. Bolehkah Diabec-O Diminum Demasa Perut Kosong?
Bagi individu yang sensitif terhadap kopi, disarankan mengambil Diabec-O selepas makan untuk mengurangkan ketidakselesaan pada perut.
12. Adakah Diabec-O Sesuai Untuk Penghidap Diabetes?
Boleh. Namun, penghidap diabetes disarankan mengawal jumlah gula atau pemanis yang ditambah semasa membancuh minuman.
13. Adakah Ibu Menyusu Boleh Menikmati Diabec-O?
Boleh, dalam kuantiti sederhana serta mengambil kira jumlah pengambilan kafein harian daripada sumber lain.
14. Adakah Wanita Hamil Boleh Mengambil Diabec-O?
Wanita hamil disarankan mengehadkan pengambilan kafein harian. Jika ingin mengambil Diabec-O, nikmatilah secara sederhana dan dapatkan nasihat doktor sekiranya perlu.
15. Adakah Terdapat Sebarang Kesan Sampingan?
Diabec-O selamat dinikmati sebagai minuman kopi harian. Walau bagaimanapun:
- Elakkan mengambil secara berlebihan.
- Tidak sesuai bagi individu yang sangat sensitif terhadap kafein.
- Elakkan mengambil pada lewat malam jika mudah mengalami gangguan tidur.
16. Adakah Diabec-O Mudah Larut?
Ya. Diabec-O diproses menggunakan teknologi spray dried, menjadikannya mudah larut apabila dibancuh dengan air panas.
17. Mengapa Memilih Diabec-O?
Antara sebab ramai memilih Diabec-O:
✔ 100% kopi Arabika segera
✔ Tanpa gula tambahan
✔ Tanpa krimer
✔ Mudah dibancuh
✔ Aroma kopi yang harum
✔ Boleh disediakan mengikut citarasa sendiri
✔ Sesuai diminum panas atau sejuk
18. Mengapa Memilih Diabec-O?
Antara sebab ramai memilih Diabec-O:
✔ 100% kopi Arabika segera
✔ Tanpa gula tambahan
✔ Tanpa krimer
✔ Mudah dibancuh
✔ Aroma kopi yang harum
✔ Boleh disediakan mengikut citarasa sendiri
✔ Sesuai diminum panas atau sejuk
19. Berapakah Anggaran Hidangan Bagi Setiap Botol?
Bergantung kepada cara bancuhan, satu botol 150g boleh menghasilkan kira-kira 50–60 cawan menggunakan 2–3g kopi bagi setiap hidangan.
bottom of page
