top of page

Anda  Penggemar  Kopi?

cup of coffee - diabec coffee.jpg

Jom Cuba  Diabec Coffee  Hari Ini 

Diabec Coffee Pouch
Terhasil daripada cetusan idea untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada pengguna, Diabec Coffee diperkenal secara berperingkat dan kini semakin dikenali dan mendapat tempat di hati penggemar kopi dan minuman kesihatan tempatan dan antarabangsa.

Diformulasi menggunakan kopi Arabika bermutu tinggi serta diadun bersama krimer pekat (krimer bukan tenusu), memberikan aroma dan rasa yang lembut dan mewah. Tambahan ekstrak-ekstrak herba, serat dan pemanis semulajadi menjadikan Diabec Coffee  istimewa dan gah pada kelasnya yang tersendiri.​

 
Tanpa Gula Tambahan , Diabec Coffee menjadi pilihan utama bagi mereka yang mementingkan kesihatan terutamanya yang mementingkan kadar pengambilan gula harian.
diabec coffee ice.jpg

 Kebaikan  Diabec Coffee

1. TANPA GULA TAMBAHAN
Menggunakan pemanis semulajadi.

2. MESRA-DIABETIK
Mengandungi kandungan gula-terkumpul (sukrosa, gulosa, fruktosa, maltosa, dan laktosa) kurang daripada 3g per sachet

3. RASA YANG ISTMEWA
Enak berkrim, TIDAK Pahit, dan TIDAK Kelat.

4. KHASIAT HERBA
Mengandungi serat dan ekstrak herba berkualiti untuk kebaikan kesihatan yang optimum.

5. PENGKELASAN PRODUK
Dikelaskan sebagai produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6. HALAL
Mendapat kelulusan halal dengan JAKIM.

7. MINUMAN HARIAN
Sesuai dijadikan minuman kopi harian menggantikan minuman kopi di pasaran yang tinggi kandungan gula.
Diabec coffee pouch.jpg

Bahan  Ramuan 

 Bahan Asas 
Serbuk Kopi Larut Air  
arrow_edited_edited_edited.png
falling-roasted-coffee-beans-dark-surface.jpg
Krimer Bukan Tenusu
arrow.png
protein-powder-lp.jpg
Image by Miguel Perales
arrow_edited_edited_edited_edited.png
Susu Skim
 Bahan Aktif 
Ekstrak
Daun Stevia
stevia.jpg
Ekstrak
Teh Hijau
arrow.png
bitter-melon-.jpg
arrow_edited_edited_edited_edited.png
Ekstrak
Buah Peria
arrow_edited_edited_edited.png

Info Produk

diabec coffee sachet.jpg
diabec coffee papan
diabec coffee pouch
 Pouch 
 Papan 
arrow_edited_edited_edited_edited_edited
arrow_edited_edited_edited_edited_edited
Nama Produk
Diabec Coffee

Tarikh Dilancarkan
13 September 2013

Kandungan / Berat Sachet
25 gram per sachet.

Ramuan
Krimer bukan tenusu, whey manis, kopi segera arabika, susu skim, fiber larut, ekstrak teh hijau, ekstrak stevia, ekstrak peria. Mengandungi perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.

Cara Penyediaan
Tuangkan kandungan 1 sachet Diabec Coffee ke dalam 150ml air panas, kacau sehingga larut dan sedia untuk dinikmati.

Maklumat Nutrisi
--- per 100g ---
Tenaga : 1880 kJ
Kalori : 448 kcal
Karbohidrat : 80.0 g
Protin : 7.6 g 
Lemak : 10.8 g 

--- per hidangan (25g) ---
Tenaga : 470 kJ 

Kalori : 112 kcal
Karbohidrat : 20.0 g
Protin : 1.9 g 
Lemak : 2.7 g

Pek Bungkusan
1. Pouch : 15 sachet  (20 pouch / carton)
2. Papan : 12 sachet  (20 papan / carton)
4525-lp.jpg

 Testimoni  Pengguna

star.png
star.png
star.png
star.png
star.png

Sijil & Pengiktirafan

Soalan Lazim (F.A.Q)

1. Apakah Diabec Coffee?
Diabec Coffee ialah minuman kopi pracampuran yang diperkaya dengan ekstrak herba terpilih seperti ekstrak peria, ekstrak teh hijau, serat serta stevia sebagai pemanis. Ia diformulasikan untuk mereka yang ingin menikmati secawan kopi dengan gabungan rasa yang enak.

2. Adakah Rasa Diabec Coffee Pahit / Kelat?
Tidak. Walaupun mengandungi ekstrak peria dan ekstrak teh hijau, Diabec Coffee mempunyai rasa kopi yang seimbang, lemak dan enak. Formulasinya direka supaya rasa pahit peria dan kelat teh hijau tidak begitu ketara.

3. Apakah Kelebihan Diabec Coffee Berbanding Kopi Pracampuran Biasa?
Diabec Coffee mengandungi gabungan ekstrak peria, ekstrak teh hijau, serat dan stevia sebagai pemanis

Selain itu, Diabec Coffee tidak menggunakan gula putih sebagai pemanis utama, menjadikannya pilihan bagi mereka yang mencari kopi pracampuran dengan gabungan herba.


4. Siapakah Yang Sesuai Menikmati Diabec Coffee?
Diabec Coffee sesuai untuk lelaki dan wanita berumur 12 tahun ke atas yang gemarkan minuman kopi.

5. Bagaimanakah Cara Menyediakan Diabec Coffee? 
Buka dan tuangkan 1 sachet ke dalam 150 - 200ml air panas (±70ºC), kacau sehingga larut. Nikmati ketika masih suam.

Disarankan diminum bersama atau selepas sarapan atau minum petang.


6. Berapa Kali Sehari Diabec Coffee Boleh Diminum? 
Disarankan 1–2 sachet sehari. Tidak digalakkan mengambil melebihi pengambilan yang disarankan.

7. Adakah Diabec Coffee Mengandungi Gula? 
Diabec Coffee tidak menggunakan gula putih sebagai pemanis utama. Kemanisan produk diperoleh daripada stevia, manakala kandungan gula yang terdapat dalam produk adalah gula semula jadi yang berasal daripada bahan seperti susu skim dan krimer.

Sila rujuk Maklumat Pemakanan pada label produk untuk kandungan gula bagi setiap hidangan.


8. Adakah Diabec Coffee Mengandungi Kafein
Ya. Oleh kerana mengandungi kopi dan ekstrak teh hijau, Diabec Coffee secara semula jadi mengandungi kafein.

9. Bilakah Waktu Terbaik Untuk Menikmati Diabec Coffee? 
iabec Coffee sesuai diminum:

✔ Selepas sarapan
✔ Pada waktu pagi
✔ Waktu minum petang


10. Adakah Diabec Coffee Sejenis Ubat?
Tidak, Diabec Coffee ialah produk makanan (minuman pracampuran) dan bukan ubat. Ia tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

11. Bolehkah Diabec Coffee Diambil Bersama Ubat Atau Suplemen Lain?
Secara amnya boleh. Walau bagaimanapun, jika anda sedang mengambil ubat-ubatan tertentu atau mempunyai keadaan kesihatan khusus, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil sebarang produk yang mengandungi kafein atau herba.

12. Adakah Diabec Coffee Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan (KKM)?
Diabec Coffee dikategorikan sebagai produk makanan. Produk makanan tidak memerlukan pendaftaran produk seperti ubat atau produk kesihatan, namun pengeluar perlu mematuhi keperluan undang-undang makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

13. Siapakah Yang Mengeluarkan Diabec Coffee?
Diabec Coffee dikilangkan oleh Thoyyib Pharma Sdn. Bhd. dan dipasarkan oleh Thought Rich Sdn. Bhd.


14. Adakah Terdapat Sebarang Pantang Larang Atau Langkah Berja-jaga?
Untuk penggunaan yang lebih selesa dan lebih berhati-hati, elakkan perkara-perkara berikut :

- Elakkan mengambil Diabec Coffee ketika perut kosong.
Sebab : Teh hijau (di dalam Diabec Coffee) boleh menyebabkan ketidakselesaan perut jika diambil ketika perut kosong.

- Elakkan mengambil Diabec Coffee pada pertengahan / lewat malam.
Sebab : Kafein boleh menyebabkan ganguan waktu tidur.

- Elakkan mengambil Diabec Coffee sekiranya anda mempunyai masalah sensitif caffeine dan masalah sering sakit kepala.
Sebab : Kafein boleh menyebabkan sakit kepala kepada sesetengah individu.

15. Bolehkah Ibu Menyusu Menikmati Diabec Coffee?
Boleh. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein harian daripada semua sumber hendaklah diambil secara sederhana. Jika mempunyai sebarang keraguan, dapatkan nasihat doktor.

16. Bolehkah Wanita Hamil Menikmati Diabec Coffee?
Wanita hamil disarankan mengehadkan pengambilan kafein harian.

Jika ingin mengambil Diabec Coffee, dapatkan nasihat doktor dan pastikan jumlah pengambilan kafein daripada semua sumber berada dalam had yang disarankan.


17. Bolehkah Wanita Datang Haid Menikmati Diabec Coffee?
Boleh. Tiada larangan khusus. Namun, individu yang sensitif terhadap kafein mungkin ingin mengurangkan pengambilan mengikut keselesaan masing-masing.

18. Adakah penghidap Diabetes Boleh Menikmati Diabec Coffee?
Boleh. Walau bagaimanapun, Diabec Coffee bukan ubat untuk diabetes dan tidak menggantikan rawatan atau nasihat daripada doktor. Penghidap diabetes disarankan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengikuti rawatan yang telah ditetapkan.

19. Berapakah Kandungan Setiap Pouch?
Setiap pouch mengandungi 15 sachet, dengan berat bersih 25g setiap sachet.

20. Mengapa Pelanggan Memilih Diabec Coffee?
✔ Diperkaya dengan ekstrak peria dan ekstrak teh hijau
✔ Mengandungi serat
✔ Menggunakan stevia sebagai pemanis
✔ Rasa kopi yang enak dan mudah dinikmati
✔ Mudah dibancuh di rumah, pejabat atau ketika dalam perjalanan


21. Adakah Diabec Coffee Sesuai Diminum Setiap Hari?
Ya. Diabec Coffee boleh dinikmati sebagai minuman kopi harian mengikut cadangan pengambilan, iaitu 1–2 sachet sehari.

22. Apakah Perbezaan Diabec Coffee dengan Diabec-O?
Diabec Coffee ialah kopi pracampuran yang mengandungi ekstrak peria, ekstrak teh hijau, serat dan stevia. Ia sesuai untuk mereka yang inginkan minuman kopi yang mudah dibancuh tanpa perlu menambah bahan lain.

Diabec-O pula ialah 100% kopi Arabika segera tanpa campuran gula, krimer atau herba. Ia sesuai untuk penggemar kopi hitam yang ingin menyediakan kopi mengikut citarasa sendiri.

All Rights Reserved 2026. Managed by Thought Rich Sdn. Bhd. 

bottom of page