top of page
A cup of coffee at work
BGBG Coffee
round wooden plate
BGBG Coffee Pouch
BG : Black Ginger 
BG : Black Garlic

BGBG Coffee adalah minuman kopi herba pracampuran halia hitam dan bawang hitam, serat dan pelbagai jenis herba yang lain

BGBG Coffee mula dibangunkan beberapa tahun yang lalu (2019-2022) ketika keadaan kesihatan global sedang meruncing dan kritikal ekoran wabak Covid-19. 

Setelah melalui beberapa siri ujikaji secara berperingkat dan mendapatkan maklum balas pengguna terutamanya mereka yang  sering mengalami batuk, selsema dan deman ringan, kini
BGBG Coffee telah mencapai formulasi yang optimum dan sedia memberikan seribu kebaikan kepada pengguna.
roasted-coffee-beans-dark.jpg

 Info Produk 

Nama Produk : 
BGBG Coffee


Tarikh Dilancarkan : 
23 Mei 2023

Isi Kandungan :
25 gram per sachet


Ramuan : 
Maltodekstrin, Krimer Bukan Tenusu [mengandungi natrium kaseinat (Protein Susu)], Whey Manis (Susu), Kopi Arab Segera (9.5%), Susu Tepung Skim, Krimer Berbuih, Serbuk Lebah Madu, Ekstrak Halia, Premix Vitamin (A, D3 , E, K, C, B12, B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9), Mineral Premium (Kalsium, Magnesium, Besi, Zink, Kalium, Natrium, Kuprum, Molibdenum, Kromium, Iodin, Selenium), Ekstrak Halia Hitam (0.1%), Ekstrak Halia Merah, Kopi Robusta Segera, Ekstrak Habatussauda, ​​Ekstrak Bawang Putih Hitam (0.05%), Ekstrak Stevia, Ekstrak Pudina, Ekstrak Ginseng, Ekstrak Lada Hitam, Humectant [INS 341 (iii)], Pemekat (INS 412), Pemanis (INS 950), Perisa.

Mengandungi Kalium Acesulfame sebagai bahan pemanis bukan berkhasiat yang dibenarkan.

Mengandungi vitamin K. Orang yang mengambil Warfarin disaran untuk mendapatkan nasihat perubatan sebelum mengambil produk ini.


Cadangan Penyediaan : 
Tuangkan kandungan 1 sachet BGBG Coffee ke dalam 150ml air panas, kacau sehingga larut dan sedia untuk dinikmati.

Maklumat Nutrisi
--- per 100 g ---
Tenaga : 378 kcal
Karbohidrat : 60.0 g
Protin : 3.7 g
Lemak : 13.7 g

--- per hidangan (25 g) ---
Tenaga : 94 kcal
Karbohidrat : 15.0 g
Protin : 0.9 g
Lemak : 3.4 g

 Bahan Aktif 

black garlic
 KEBAIKAN 

HALIA HITAM + BAWANG HITAM

1. MELINDUNGI SEL

2. MENINGKATKAN IMUNISASI

3. KESIHATAN JANTUNG

4. MEMBANTU PENCERNAAN

5. MENINGKATKAN TENAGA


6. MENINGKTAKAN FUNGSI KOGNITIF
1. MELINDUNGI SEL
Bawang hitam dan halia hitam terkenal dengan sifat antioksidannya yang kuat. Antioksidan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas yang berbahaya, menyokong kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

2. MENINGKATKAN IMUNISASI
Gabungan bawang hitam dan halia hitam dipercayai dapat menguatkan sistem imun. Sistem imun yang kuat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit.

3. MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG
Bawang hitam dan halia hitam dapat menyokong kesihatan jantung dengan membantu menurunkan tahap kolesterol, menyokong tekanan darah yang sihat, dan meningkatkan peredaran darah. Kesan ini boleh membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

4. MEMBANTU PENCERNAAN
Gabungan bawang hitam dan halia hitam dapat membantu merangsang pencernaan, mengurangkan ketidakselesaan gastrointestinal, dan menggalakkan mikrobiom (mikroorganisma) usus yang sihat.

5. MENINGKATKAN TENAGA
Bawang hitam dan halia hitam dikenali kerana sifatnya yang memberi tenaga dan vitaliti. Pengambilannya dapat membantu meningkatkan tahap tenaga, melawan keletihan, dan meningkatkan kecergasan keseluruhan.

6. MENINGKTAKAN FUNGSI KOGNITIF
Baik bawang hitam mahupun halia hitam mengandungi sebatian yang boleh memberi manfaat kepada fungsi kognitif. Ia dapat menyokong kesihatan otak, meningkatkan ingatan, dan meningkatkan ketajaman mental.

 
Cup of Coffee

Soalan Lazim   F.A.Q 

1. Adakah Rasa BGBG Coffee Pahit / Kelat?
Tidak, BGBG Coffee mempunyai rasa yang enak dan lazat meskipun mengandungi pelbagai herba yang sinonim dengan pahit dan kelat. Ini disebabkan oleh adunan yang baik antara herba-herba  tersebut dengan stevia, madu dan ramuan yang lain.

2. Siapakah Yang Sesuai Mengamalkan BGBG Coffee?
Lelaki dan wanita berusia 12 tahun ke atas terutamanya yang sering mengalami batuk, selsema dan demam ringan.

3. Cara Mengamalkan BGBG Coffee? 
Tuangkan kandungan 1 sachet BGBG Coffee ke dalam 200-250ml air panas (±70ºC), kacau sehingga larut dan kemudian sedia untuk diminum. Amalkan 1-2 kali sehari, bersama (atau selepas) sarapan atau minum petang.

4. Siapakah Yang Mengusahakan Produk BGBG Coffee?
BGBG Coffee dimiliki dan dikilangkan oleh syarikat Thoyyib Pharma Sdn Bhd.
Ia  dipasarkan dan diedarkan oleh syarikat Thought Rich Sdn Bhd.


5. Adakah BGBG Coffee Sejenis Ubat?
Tidak, BGBG Coffee adalah minuman kopi herba yang diperkaya dengan khasiat herba, vitamin dan mineral dan diklasifikasikan sebagai produk makanan oleh KKM.

6. Bolehkah Diambil Atau Dicampur Dengan Suplemen / Ubatan Lain?
Boleh, tiada masalah untuk mencampurkan dengan suplemen atau ubatan lain selagi mana suplemen/ubatan tersebut boleh dicampur dengan bahan yang terkandung di dalam BGBG Coffee.

7. Adakah Produk Ini Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan?
BGBG Coffee diklasifikasikan sebagai produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk dibawah kategori makanan tidak perlu untuk pendaftaran produk. 

8. Adakah Terdapat Sebarang Kesan Sampingan / Pantang Larang?
- Alergi : Sesetengah individu mungkin alergi terhadap bawang atau halia, dan pengambilan bawang hitam atau halia boleh menyebabkan reaksi alergi seperti ruam kulit, gatal-gatal, atau kesukaran bernafas.

- Masalah Pencernaan : Pengambilan berlebihan bawang hitam boleh menyebabkan ketidakselesaan, termasuk kembung perut, atau gangguan pencernaan.

- Tekanan Darah dan Kandungan Gula : Halia hitam mungkin mempunyai kesan hipotensif (menurunkan tekanan darah) dan hipoglisemik (menurunkan gula darah). Jika anda mempunyai tekanan darah rendah atau masalah gula darah rendah, pantau tahap anda dengan teliti apabila mengambil halia hitam.

9. Adakah Ibu Menyusu Boleh Mengambil BGBG Coffee?
Boleh. Ibu menyusu boleh mengambil 1-2 hidangan sehari.

10. Adakah Wanita Datang-Bulan Boleh Amalkan BGBG Coffee?
Boleh. Wanita datang-bulan boleh mengambil 1-2 hidangan sehari.

11. Adakah Wanita Mengandung Boleh Amalkan Produk Ini?
Pengambilan 1 hidangan BGBG Coffee sehari adalah selamat untuk wanita mengandung.

12. Adakah Penghidap Diabetes Boleh Amalkan Produk Ini?
Boleh. Penghidap Diabetes boleh mengambil 1-2 hidangan sehari.

13. Bolehkah Saya Mengambil 3 Hidangan (Atau Lebih) Sehari?
Tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada 2 hidangan sehari.
bottom of page