top of page
KULIT CANTIK BERSERI
SEAWAL 7 HARI*
APA ITU SOP+ ?
SOP+ adalah suplemen kecantikan dan kesihatan berasaskan Salmon Ovary Peptide (SOP), khusus untuk mereka yang ingin mengekalkan keremajaan kulit serta menjaga kesihatan rambut, kuku dan kesihatan umum.
Dengan menggunakan Salmon Ovary Peptide, l-cysteine dan serbuk kolagen ikan sebagai bahan aktif utama, kemudian diadun dengan pelbagai vitamin dan mineral serta serbuk jus beri dan anggur hitam menjadikan SOP+ enak, lazat dan padat dengan khasiat.
Info Produk
Nama Produk :
SOP+
Tarikh Dilancarkan :
21 Jun 2023
Isi Kandungan :
2.5 gram per sachet
12 sachet per botol
Ramuan :
Bahan Aktif Utama :
Salmon Ovary Peptide, Kolagen Ikan, L-cysteine.
Campuran Vitamin & Mineral :
Vitamin A, D3, E, K1, C, B1, B2, B3, B5, B6, B12, B7, Asid Folik, Kalsium, Magnesium, Zat Besi, Zink, Kalium, Natrium, Kuprum, Molibdenum, Kromium, Iodin, Selenium.
Serbuk Jus Beri & Buah :
Serbuk Jus Beri Biru, Raspberi, Anggur Hitam, Strawberi, Blackcurrrants, dan Bearberi.
Cadangan Penyediaan :
Koyakkan 1 sachet SOP+ dan boleh dimakan terus serbuk di dalamnya, atau dicampur ke dalam minuman harian (seperti air kosong, sirap, jus oren).
Maklumat Nutrisi
--- per 100 g ---
Tenaga : 213 kcal
Karbohidrat : 45.6 g
Protin : 7.6 g
Lemak : 0.0 g
--- per hidangan (2.5 g) ---
Tenaga : 5 kcal
Karbohidrat : 1.1 g
Protin : 0.2 g
Lemak : 0.0 g
Bahan Ramuan
Blueberry juice powder
Salmon Ovary Peptide
Fish Collagen
L-cysteine
Vitamin Premix
Vitamin A, D3, E, K1, C, B1, B2, B3, B5, B6, B12, B7, Asid Folik
Mineral Premix
Kalsium, Magnesium, Zat Besi, Zink, Kalium, Natrium, Kuprum, Molibdenum, Kromium, Iodin, Selenium
Blueberries
Raspberries
Strawberries
Black Grapes
Bearberries
Blackcurrants
SALMON DARI HOKKAIDO
SOP+ menggunakan Salmon Ovary Peptide yang dihasilkan daripada ikan salmon dari Hokkaido (Jepun) yang terkenal dengan persekitaran akuatik yang semulajadi, bersih dan terpelihara. Ditambah pula dengan penggunaan teknologi pemprosesan Jepun yang moden dan terkini menjadikan ia salah satu makanan tambahan yang premium dan berefektif tinggi.
KEBAIKAN
SALMON OVARY PEPTIDE
1. MENCANTIKKAN KULIT
2. SUMBER ANTIOKSIDA
3. MENINGKATKAN IMUNISASI
4. KESAN ANTI-RADANG
5. KESEIMBANGAN HORMON
6. KESIHATAN KARDIOVASKULAR
7. KESIHATAN RAMBUT & KUKU
1. MENCANTIKKAN KULIT
Membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan.
2. SUMBER ANTIOKSIDA
Membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif dan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
3. MENINGKATKAN IMUNISASI
Meningkatkan keupayaan tubuh untuk menahan daripada jangkitan kuman dan penyakit.
4. KESAN ANTI-RADANG
Mengurangkan radang dapat mengekalkan kesihatan yang baik dan mencegah penyakit kronik.
5. KESEIMBANGAN HORMON
Keseimbangan hormon adalah penting terutamanya kepada wanita yang sinonim dengan turun naik hormon yang berbeza di setiap peringkat usia.
6. KESIHATAN KARDIOVASKULAR
Membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
7. KESIHATAN RAMBUT & KUKU
Memelihara kesihatan dan menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku.
RASA BERI YANG LAZAT
KENAPA PERLU CUBA SOP+ ?
+ RASA YANG SEDAP & LAZAT
Campuran jus buah dan pelbagai beri.
+ KAYA DENGAN NUTRIEN & KHASIAT
Penuh dengan pelbagai vitamin, mineral, dan antioksidan untuk menyokong keperluan
nutrisi harian anda.
+ MUDAH DIBAWA & DIAMALKAN
Tersedia dalam kemasan sachet kecil 2.5 gram, ia boleh dimakan terus atau dicampur ke dalam minuman harian (seperti air kosong, sirap, jus oren).
+ JAMINAN KUALITI
SOP+ dihasilkan dengan teliti dan standard kualiti GMP yang ketat untuk memastikan keselamatan, khasiat dan keberkesanannya optimum.
SOALAN LAZIM F.A.Q
1. Adakah SOP+ sejenis ubat dan apa manfaat utamanya?
Tidak, SOP+ adalah makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan yang mengandungi Salmon Ovary Peptide (SOP), l-cysteine, dan serbuk kolagen ikan. Ia direka untuk membantu mengekalkan keremajaan kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat, serta menyokong kesihatan umum.
2. Adakah SOP+ rasa seperti ubat, kelat atau hanyir?
Tidak, SOP+ mempunyai rasa beri yang enak dan lazat meskipun mengandungi pelbagai herba, bahan bersumber marin serta vitamin dan mineral. Ini disebabkan oleh adunan formulasi yang baik antara kesemua bahan-bahan yang digunakan.
3. Bagaimana SOP memberi faedah kepada kulit dan kesihatan?
SOP kaya dengan protein bioaktif seperti peptida dan antioksidan yang dapat menyokong pengeluaran kolagen, membantu menjaga keremajaan dan kesihatan kulit anda. Ia juga menyediakan nutrien penting untuk kesihatan umum.
4. Apa peranan l-cysteine dalam SOP+?
L-cysteine adalah sebatian amino yang menyokong sintesis keratin, sebatian penting untuk rambut dan kuku yang sihat. Ia melengkapi kesan SOP terhadap kesihatan kulit.
5. Bagaimana serbuk kolagen ikan menyumbang kepada keberkesanan SOP+?
Serbuk kolagen ikan terkenal dengan keupayaannya menyokong keanjalan dan kelembapan kulit, menjadikannya komponen penting untuk menjaga keremajaan kulit.
6. Adakah SOP+ sesuai untuk vegetarian atau vegan?
SOP+ mengandungi serbuk kolagen ikan, yang berasal dari sumber ikan, menjadikannya tidak sesuai untuk vegetarian atau vegan.
7. Bolehkah saya melihat perubahan dengan cepat menggunakan SOP+?
Hasil berbeza dari individu ke individu, tetapi dengan penggunaan SOP+ secara konsisten, kesan awal dapat dilihat seawal 7 hari. Rata-rata individu mula melihat peningkatan dalam kulit, rambut, dan kuku dalam beberapa minggu.
8. Adakah SOP+ mempunyai sebarang cadangan umur khusus untuk pengguna?
SOP+ sesuai digunakan oleh orang dewasa (18 tahun ke atas).
9. Bolehkah lelaki menggunakan SOP+ atau adakah ia hanya untuk wanita?
SOP+ sesuai untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Manfaatnya luas melangkaui jantina dan berfokus pada menyokong kulit, rambut, kuku, dan kesihatan secara keseluruhan.
10. Bolehkah mengambil SOP+ bersama-sama makanan tambahan atau ubat-ubatan lain?
SOP+ secara umumnya adalah selamat. Sekiranya anda sedang mengalami masalah kesihatan tertentu atau sedang mengambil perubatan tertentu, dinasihatkan untuk berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
11. Siapakah yang sesuai mengamalkan SOP+?
Lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas.
12. Adakah SOP+ selamat digunakan dan bagaimana dengan kesan sampingan?
SOP+ secara umumnya adalah selamat apabila digunakan seperti yang disarankan.
Kesan sampingan mungkin berlaku kepada sesetengah individu seperti berikut :
- Alergi : SOP+ mengandungi SOP dan kolagen ikan. Sesetengah individu yang alergi terhadap makanan laut mungkin boleh mengalami simptom alergi seperti ruam kulit, gatal-gatal, atau kesukaran bernafas.
- Warfarin (Ubat Cair Darah) : SOP+ mengandungi vitamin K. Individu yang sedang mengambil Warfarin hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- Kesan Laxatif : SOP+ mengandungi mannitol. Penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kesan laxatif (julap).
13. Bagaimanakah cara mengambil SOP+?
Koyakkan 1 sachet SOP+ dan boleh dimakan terus serbuk di dalamnya, atau dicampur ke dalam minuman harian (seperti air kosong, sirap, jus oren).
14. Siapakah yang membuat produk SOP+?
SOP+ dimiliki dan dikilangkan oleh syarikat Thoyyib Pharma Sdn Bhd. Ia dipasarkan dan diedarkan oleh syarikat Thought Rich Sdn Bhd.
15. Adakah SOP+ berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?
SOP+ diklasifikasikan sebagai produk makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk kategori makanan tidak perlu untuk pendaftaran produk.
16. Adakah ibu menyusu boleh amalkan SOP+?
Boleh. Ibu menyusu boleh mengambil 1-2 sachet sehari.
17. Adakah wanita datang bulan boleh amalkan SOP+?
Boleh. Wanita datang-bulan boleh mengambil 1-2 sachet sehari.
18. Adakah wanita mengandung boleh amalkan SOP+?
Boleh. Wanita mengandung boleh mengambil 1-2 sachet sehari.
19. Adakah penghidap Diabetes boleh amalkan SOP+?
Boleh. Penghidap Diabetes boleh mengambil 1-2 hidangan sehari.
20. Bolehkah mengambil 3 sachet (atau lebih) SOP+ sehari?
Tidak digalakkan untuk mengambil lebih daripada 2 sachet sehari.
bottom of page